Tuesday 31 March 2009

F1 Australia 2009





F1 dah start ni. Kalau kat umah aku tengok kat laptop sambil record pastu upload kat blog. Tapi takleh sebab aku skrg kat Sabah. Signal TV macam s***. Live kat NTV7. Kat sini NTV7 cam haram. Tension beb. Dok kat promenade lagi la...3 channel jer ade...salah satu nyer cinemax...cerita tahun 60an, 70an, 80an. Hampeh. Yang aku leh buat skrg Picture Video la...upload kat youtube...Lepak Sabah sampai end July tu..lamanya....bosan bosan

Sunday 15 March 2009

Cara nak buat mug bergambar

Tengokla video ni..ha..camni la nak buat mug/plate bergambar tu..

Kertas "Water Slide Decal" dah sampai.

Haa..ni la dia kertas yang aku gunakan untuk buat mug bergambar. Order 1 Mac, sampai 10 Mac. Kalau ikut Tracking system, ontime la...

Raja Lawak Astro 3 (2009)

Raja lawak 3 dah abis...jadi nak jadikan kenangan, aku rakam la sehari selepas siaran langsung dan upload ke Youtube. Ada 9 bahagian yang aku upload. Jadi kalau nak imbas balik leh la tengok semula video Raja Lawak tu...ni Part 1, yang lain leh pegi kat channel youtube aku ni...http://www.youtube.com/user/shootme2009



Sunday 1 March 2009

F1 video 2008


F1 2009 dah nak mula hujung bulan march ni. Tapi aku tak pernah la nak tengok live. Tengok kat TV la..leh tengok dari banyak angle kan. Pastu ade ulang tayang aksi2 cam accident ke ape ke kan. Tapi tahun 2008, aku tengok F1 dari laptop. Kenapa? Sebab aku leh record sekali. Jadi aku record hampir keseluruhan F1 tahun lepas la. Aku buat satu blog khas untuk aku uploadkan video F1 yang aku record tu. Kalau masuk dalam Youtube memang tak leh lama la kat situ. Lepas upload 2-3hari, video dah kena 'sound' sebab copyright. Kalau lambat remove video tu dari youtube, kena delete la akaun youtube tu...ni la blog video 2008 yang aku buat tu: f1video2008.blogspot.com. Tapi kualiti video yang aku upload tak berapa bagus la, maklumla blogger kalau sekali upload 100Mb je...fail video yang aku record tu dalam 4-5G gak la...kena cut paste, pastu convert ke flv punya video..tapi masih leh tengok la video tu. Untuk tahun 2009 ni, aku nak record gak...ni blog video yang aku akan upload kan f1 video race untuk tahun 2009..f1video2009.blogspot.com. Alat yang aku guna tu sambung kat Astro Decoder, satu hujung lagi sambung kat laptop/PC..USB...nak view/record guna software yang disertakan. Bukan F1 je leh record..aper2 rancangan kegemaran pun leh record. Lagi satu, korang leh set kan nak start record kol berapa, abis record kol berapa. Mana la tau, nak tengok WorldCup2010 kol 3am, mana nak tunggu..takpe tido jer...korang set jer start record kol 3, end record kol 5, kalau tak set end record pun takde..bangun tido stop record la. Pastu leh la edit video yang korang record tu.

Ni la salah satu video kat f1video2008.blogspot.com tu:



Kalau terlepas ke atau nak imbas kembali race 2008, lawat la f1video2008.blogspot.com.

Mug Kolej Anggerik UiTM

Akhirnya (last week), dapat juga saya menyiapkan 30 mug bergambar untuk Kolej Anggerik Uitm. Tapi biasala kena la bersengkang mata atau pun tak tido malam untuk menyiapkan 'tugasan' kan. Terima kasih kepada pihak kolej yang telah menempah mug bergambar dari saya. Glass kecik tu saja nak test jer...korang tengok la gambar tu...(klik gambar nak zoom)




http://sham-d-art.blogspot.com