Hobi aku yang paling aku suka ialah main gitar. Aku main gitar ni sejak tahun 1987. Ade gak la masuk kelas gitar kan. Pernah la aku belajar kat CK Music kat Bukit Bintang tahun 1996. Cikgu aku masa tu Mat Noor Rusty Blade, banyak la belajar dari dia. TQ Mat Noor. Aku takde la ke tahap pro, tapi boleh la main kan. Suka-suka jer. Dulu selalu gak pergi jamming, sekarang ni banyak jam sorang-sorang kat rumah jer. Muzik yang aku minat metal la..Metallica tu favourite aku la. Semua album ade, termasuk la album latest dorang "Death Magnetic". Selain tu aku minat Iron Maiden, Dream Theater, Steve Vai, Joe Satriani, Malmsteen...banyak lagi la..untuk rock melayu, cam Search,Wings,Lefthanded,Rusty Blade dan lain-lain. Ni video aku yang aku upload kat youtube. Saje suka-suka haha.
Ini la album terbaru metallica. Memang aku beli CD tu sampai 2. Malaysia Edition tu takde lirik, harga pun RM29.90, yang cover cantik tu, ade lirik dengan gambar. Harga RM53.00. Ade lagi mahal, RM69.90 siap dapat t-shirt free. Korang cari la kat Komplek Campbell. Kaset pun beli gak, sebab bila outstation bawak kereta company, hanya ade "cassette player". Yang mug bergambar tu...bukan beli yer...itu buat sendiri. Kalau minat korang leh la order..haha. Klik sini:- http://sham-d-art.blogspot.com/
Teringat saya zaman rock kapak, zaman search,lefthanded,syj dan semua band-band Battle of The Band la. Kalau search tu, amy la glamer. Begitu jugak Hillary, gitaris yang hebat. Member lak cerita yang Hillary ni belajar gitar kat Jerman. Lagi la terpegun. Pastu dengar lak Hillary ni guru kepada Shahrul Ekamatra. Hebat..hebat Lefthanded lak, nash la glamer, man kidal pun aper kurangnya. Cuma Samad jer yang low profile. Selepas beberapa tahun, barulah aku tahu yang Samad ni hebat bermain gitar..mungkin sebab dibayangi oleh man kidal, so samad tenggelam sikit la. Tapi samad tak lama dengan kita. Dia kembali ke rahmatullah pada tahun 2008. Al-Fatihah. Setau aku, samad naik selepas buat lagu joget dengan master gitar la, Paul Gilbert (X Mr Big), lagu tu ada dimuatkan dalam album "mantera metal" yang mengumpulkan solo-solo gitaris malaysia yang hebat. Projek samad yang terakhir ialah VCD Guitar Jamming di mana samad memainkan lagu-lagu rock/pop yang popular seperti Rozana,Memburu Rindu dan sebagainya. Saya hanya ada Guitar Jamming Vol1, Insya-Allah akan cukupkan koleksi Guitar Jamming2&3. Kalau korang nak beli, carilah di Guitar Store. Saya juga ada Koleksi 24 Lagu-lagu Hit Lefthanded. Siap ade booklet - lirik serta gambar-gambar kumpulan lefthanded. Dengarkan 3 dari 24 lagu hit lefthanded: Debunga Wangi,Tiada Lagi Kidungmu,Ku Di Halaman Rindu.