Wednesday 21 January 2009

Presiden Baru Amerika Barack Hussein Obama Mengangkat Sumpah

President Barack Obama 2009 Inauguration and Address



http://www.youtube.com/watch?v=VjnygQ02aW4

President Barack Obama took the oath of office as the 44th president of the United States and delivered an inaugural address focusing on the themes of sacrifice and renewal on January 20, 2009.

Apakah perubahan yang akan dilakukan oleh Barack Obama? Berjayakah Barack dengan plannya, atau adakah Barack Obama sama sahaja dengan Presiden Amerika sebelumnya....sama-samalah kita tunggu dan lihat.

Monday 19 January 2009

Meet Uncle Hussain - Lagu Untukmu

Haa ni la dia lagu yang menjadi juara AJL 2008.



Persembahan semasa AJL

Saturday 10 January 2009

Hobi no1 - main gitar

Hobi aku yang paling aku suka ialah main gitar. Aku main gitar ni sejak tahun 1987. Ade gak la masuk kelas gitar kan. Pernah la aku belajar kat CK Music kat Bukit Bintang tahun 1996. Cikgu aku masa tu Mat Noor Rusty Blade, banyak la belajar dari dia. TQ Mat Noor. Aku takde la ke tahap pro, tapi boleh la main kan. Suka-suka jer. Dulu selalu gak pergi jamming, sekarang ni banyak jam sorang-sorang kat rumah jer. Muzik yang aku minat metal la..Metallica tu favourite aku la. Semua album ade, termasuk la album latest dorang "Death Magnetic". Selain tu aku minat Iron Maiden, Dream Theater, Steve Vai, Joe Satriani, Malmsteen...banyak lagi la..untuk rock melayu, cam Search,Wings,Lefthanded,Rusty Blade dan lain-lain. Ni video aku yang aku upload kat youtube. Saje suka-suka haha.




Kalo nak tengok video aku yang lain kat youtube click http://www.youtube.com/user/shootme2009




Ini la album terbaru metallica. Memang aku beli CD tu sampai 2. Malaysia Edition tu takde lirik, harga pun RM29.90, yang cover cantik tu, ade lirik dengan gambar. Harga RM53.00. Ade lagi mahal, RM69.90 siap dapat t-shirt free. Korang cari la kat Komplek Campbell. Kaset pun beli gak, sebab bila outstation bawak kereta company, hanya ade "cassette player". Yang mug bergambar tu...bukan beli yer...itu buat sendiri. Kalau minat korang leh la order..haha. Klik sini:- http://sham-d-art.blogspot.com/

Air Bio Aura

Akhirnya pada dec2008 tercapai juga hajat saya nak beli Penapis Air Bio Aura. Sebenarnya dah lama dengar pasal bio aura ni, tapi masa tu kalau nak beli kena ade cash RM2000. Haha...kalau ade RM2000 pun, takkan nak lepaskan semata-mata bio-aura ni. Tapi sekarang dah boleh beli secara ansuran. Harga dia RM2080, sebulan saya bayar RM100 jer. Jan09 ni dah bulan kedua, jadi dah bayar RM200 la. Tapi ade gak yang offer harga RM1980, RM1600, tapi tak kisah la...lagipun aku beli pada sorang Cikgu yang tinggal dekat dengan rumah aku..senang..


Ha tengok la gambar penapis air bio aura ni.


Selepas menggunakan penapis bio aura ni selama sebulan, haaa tengok la sendiri betapa kotornya air yang diminum. Benda yang kotor tu adalah karat,kotoran, pasir lumpur dan aper je la. Ish itula yang masuk dalam perut kita setiap hari. Kotorrrr.
Penapis yang kotor tu adalah penapis Ceramic. Air yang ditapis akan melalui penapis Ceramic ni dulu,pastu baru la melalui penapis-penapis yang lain, ia juga dikenal sebagai Penapis A. Penapis A ni kena di pantau selalu. Kalau dah kotor kena cuci la. Ha lihat gambar dibawah selepas Penapis A ni dicuci.



Walaupun telah dicuci, tak dapat la bersih 100%. Tapi kira ok la tu.



Air bio ni boleh diminum terus dari paip kita. Kita tadah dan boleh terus minum.



Untuk maintenance:-
Penapis A (Ceramic) - tukar setahun sekali
Penapis B - (kuning) - tukar setahun sekali
Penapis C - (hijau) - tukar setahun sekali
Penapis D - (biru cair) - tukar setiap 3 tahun
Penapis E - (merah jambu) - tukar setiap 3 tahun
Penapis F - (ungu) - tukar setiap 5 tahun



Ni lak gambar kawasan perumahan saya di Ukay Perdana. Tinggal di sini bersama isteri dan 2 orang anak sejak jan06. Jadi sejak jan06 hingga nov08 minum air kotor la kami. Yakkk....Jadi korang semua pun kena la pakai penapis air ni....korang google jer "penapis air bio aura". Kat sini aku bagi website dia untuk maklumat lanjut=> http://en.hai-o.com.my/bio-aura/

Thursday 8 January 2009

Antara Gitaris Terbaik Malaysia

Teringat saya zaman rock kapak, zaman search,lefthanded,syj dan semua band-band Battle of The Band la. Kalau search tu, amy la glamer. Begitu jugak Hillary, gitaris yang hebat. Member lak cerita yang Hillary ni belajar gitar kat Jerman. Lagi la terpegun. Pastu dengar lak Hillary ni guru kepada Shahrul Ekamatra. Hebat..hebat Lefthanded lak, nash la glamer, man kidal pun aper kurangnya. Cuma Samad jer yang low profile. Selepas beberapa tahun, barulah aku tahu yang Samad ni hebat bermain gitar..mungkin sebab dibayangi oleh man kidal, so samad tenggelam sikit la. Tapi samad tak lama dengan kita. Dia kembali ke rahmatullah pada tahun 2008. Al-Fatihah. Setau aku, samad naik selepas buat lagu joget dengan master gitar la, Paul Gilbert (X Mr Big), lagu tu ada dimuatkan dalam album "mantera metal" yang mengumpulkan solo-solo gitaris malaysia yang hebat. Projek samad yang terakhir ialah VCD Guitar Jamming di mana samad memainkan lagu-lagu rock/pop yang popular seperti Rozana,Memburu Rindu dan sebagainya. Saya hanya ada Guitar Jamming Vol1, Insya-Allah akan cukupkan koleksi Guitar Jamming2&3. Kalau korang nak beli, carilah di Guitar Store. Saya juga ada Koleksi 24 Lagu-lagu Hit Lefthanded. Siap ade booklet - lirik serta gambar-gambar kumpulan lefthanded. Dengarkan 3 dari 24 lagu hit lefthanded: Debunga Wangi,Tiada Lagi Kidungmu,Ku Di Halaman Rindu.


Lagu Rozana dari VCD Guitar Jamming Vol 1

Wednesday 7 January 2009

Selamat Tahun Baru 2009

2008 dah berlalu. Terasa sekejap jer 2008. Masa berlalu terlalu pantas. Ada matlamat 2008 tercapai, ada yang tidak..tapi banyak yang tidak tercapai..haha..kenapa? Biasanya semangat nak capai sesuatu matlamat tu sekejap jer...tak lama...cepat lupa...semangat tu makin hari makin turun...100%..80%...40%...habisss...jadi kalo nak matlamat kita pada tahun 2009 ni tercapai kena la kita sebut/ingat matlamat kita tu setiap hari. Tujuan saya buat blog http://diari2009.blogspot.com cuma nak diarikan aktiviti tahun 2009 ni. Pasal kerja ker...pasal hobi ker, aper2 jer la...walaupun dah ader diari fizikal, tapi diari virtual ni lagi menarik...haha