Thursday 8 January 2009

Antara Gitaris Terbaik Malaysia

Teringat saya zaman rock kapak, zaman search,lefthanded,syj dan semua band-band Battle of The Band la. Kalau search tu, amy la glamer. Begitu jugak Hillary, gitaris yang hebat. Member lak cerita yang Hillary ni belajar gitar kat Jerman. Lagi la terpegun. Pastu dengar lak Hillary ni guru kepada Shahrul Ekamatra. Hebat..hebat Lefthanded lak, nash la glamer, man kidal pun aper kurangnya. Cuma Samad jer yang low profile. Selepas beberapa tahun, barulah aku tahu yang Samad ni hebat bermain gitar..mungkin sebab dibayangi oleh man kidal, so samad tenggelam sikit la. Tapi samad tak lama dengan kita. Dia kembali ke rahmatullah pada tahun 2008. Al-Fatihah. Setau aku, samad naik selepas buat lagu joget dengan master gitar la, Paul Gilbert (X Mr Big), lagu tu ada dimuatkan dalam album "mantera metal" yang mengumpulkan solo-solo gitaris malaysia yang hebat. Projek samad yang terakhir ialah VCD Guitar Jamming di mana samad memainkan lagu-lagu rock/pop yang popular seperti Rozana,Memburu Rindu dan sebagainya. Saya hanya ada Guitar Jamming Vol1, Insya-Allah akan cukupkan koleksi Guitar Jamming2&3. Kalau korang nak beli, carilah di Guitar Store. Saya juga ada Koleksi 24 Lagu-lagu Hit Lefthanded. Siap ade booklet - lirik serta gambar-gambar kumpulan lefthanded. Dengarkan 3 dari 24 lagu hit lefthanded: Debunga Wangi,Tiada Lagi Kidungmu,Ku Di Halaman Rindu.


Lagu Rozana dari VCD Guitar Jamming Vol 1

3 comments:

  1. Halo brader,gua nak buat post psl man kidal,search keyword 'man kidal blog' kat search engine,pastu jmpa blog bro ni.Slps baca tringin nk komen pla.
    Mantap post entry ni,byk info yg gua blm penah baca.Gua x tau pula Samad tu penah bganding ngan P.Gilbert.All the best bro.

    ReplyDelete
  2. kau orang tahu, semua orang di kampung aku tu minat yngwie malmsteen. dari bayi kecil, kanak-kanak, budak remaja, orang dewasa, wanita, ibu-ibu, peminat hip-hop R&B, semua minat Yngwie Malmsteen. Tapi entah betul ke dia orang tu semua peminat Yngwie Malmsteen, sebab dia orang ni asyik-asyik sebut nama yngwie malmsteen je dari pagi ke tengahari, petang kemalam sampai pagi buta subuh pun dia orang asyik sebut malmsteen. biasanya lah kalau nama orang itu selalu disebut-sebut, orang itu mesti ramai peminat. Heran juga, nama justin bieber atau micheal jackson ke dia orang tak pula sebut-sebut padahal mereka itu artis paling terkenal didunia.

    ReplyDelete